Sy terpikat dengan kata2 kat atas tuh. Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan. Memang betol kata2 tuh dan patot di amalkan bagi mereka yg bergelar tunangan orang mahupun yg bakal bergelar tunangan orang. Bukan apa, mesti ada sebab kenapa kita harus merahsiakan pertunangan dan sebaliknya menghebohkan perihal perkahwinan kita. Pertunangan merupakan adat dimana seorang lelaki akan menghantar tanda kepada pihak perempuan yg menyatakan bahawa perempuan itu adalah tunangan orang. Dan haram di sisi agama sekiranya seorang lelaki melamar gadis yg sudah menjadi tunangan orang. (my coursemate, do u still remember our silibus dlm Islamic Law nih?) Hehe. Namun, tidak digalakkan perihal pertunangan itu diheboh2kan. Lebih elok jika ianya dirahsiakan. Biarlah hanya pihak lelaki dan pihak perempuan tersebut serta saudara-mara terdekat sahaja yg tahu. itu lebih elok.
Alasannya, manusia hanya boleh merancang, tp ALLAH sahaja yg menentukan. Mungkin tempoh bertunang agak lama utk menunggu detik2 perkahwinan dan dalam tempoh masa tersebut tiada siapa yg tahu apa yg bakal berlaku kepada kedua-dua pasangan. Sekiranya ditakdirkan, pertunangan itu putus ditengah jalan dan ramai orang yg tahu perihal pertunangan tersebut, pasti akan mengaibkan kedua2 belah pihak bukan? Jadi, mmg lebih elok jika pertunangan dirahsiakan.Perihal perkahwinan pula, mmg patot dihebohkan kerana itu merupakan niat baik kedua2 belah pihak utk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. mendirikan rumah tangga merupakan satu ibadah dan melakukan ibadah akan mendapat pahala yang besar. Namun, perlulah di ingat, tidak elok sekiranya perkahwinan tersebut dilakukan terlalu mewah hingga membazir. Biarlah ala kadar sahaja. Perkahwinan perlu dihebohkan kerana untuk memberitahu masyarakat setempat bahawa kedua2 pasangan tersebut telah selamat diijabkabul dan ini akan mengelak berlaku sebarang fitnah dalam masyarakat tersebut.
Konklusinya, eloklah jika perihal pertunangan itu dirahsiakan dan perlu di ingat, sekiranya anda dijempot untuk menghadiri majlis pertunangan rakan/ saudara, pastikan anda menjaga rahsia itu. Peganglah rahsia itu sehingga kedua2 pasangan mendirikan rumah tangga. Jadi, ini lah alasan mengapa kebanyakan rakan2 kita yang melangsungkan majlis pertunangan senyap2 dan tidak menjempot kita. Dan kemudian, kita akan terkejot mendapat undangan ke majlis perkahwinannya. Jadi, sama-sama la kita renung dan fikirkan yaa? ;)
No comments:
Post a Comment