Wednesday 18 May 2011

Kerja Sambilan di Rumah

Terjaga dari tido and now dh tak ngantok. So, online lhh kejap. Tiba2 rasa nak tengok jawatan2 0 yg available kat mudah.com sekarang nih. Then, tengah dok sebok usha2 web tuh, sy terbaca tentang satu jawatan 0 tentang kerja sambilan di rumah. actually, bukan satu. banyak sangattttt! bunyi iklan tuh camnih ; 


Salam sejahtera dari kami di JURUTYPIST.COM!
          Sepanjang bulan May tahun 2011 ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) di Malaysia. Kami merupakan konsultan secara online yang memperkenalkan sesuatu teknik untuk membina kerjaya melalui internet dan hanya menawarkan idea-idea untuk membina kerjaya sendiri. kami menawarkan servis dan teknik membina kerjaya melalui online yang mudah serta berkesan. Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, kami sedang mencari individu yang berminat untuk manaip data pengiklanan, pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.

 

Ha, gitu lhh bunyiknyaa. then, dy ckp yuran bayaran dy RM30, sekali seumur hidup. cara kerja plak ikot suka lhh. satu data entry bole dapat dlm RM2O plg sikit. bila dh buat pembayaran RM30, dalam masa 8 jam dia akan bg buku panduan komprehensif tentang cara nak buat data entry tuh. well, sy nak tanya lhh. agak2 benda nih bole percaya kaa ekk? or ini sebenarnyaa termasuk dlm iklan penipuan. just nak kaut duit kita then hilang camtuh jaa? btw, im asking bukan sebab nak kerja pon. cuma tertanya2 jaa. sebab banyak sgt nampak iklan jawatan 0 tentang bekerja sambilan dr rumah. so, cam waswas jugak lhh. and curious sgt nak tahu ada kaa kerja camnih? 

So guys, harap sangat u ol boleh bg pandangan and kritikan skit. and yg ada pengalaman tntg benda nih, either pengalaman manis or pahit, sila share ekk. well, SHARING is CARING babe!  

Tuesday 17 May 2011

*Rahsiakan Pertunangan, Hebohkan Perkahwinan*

Sy terpikat dengan kata2 kat atas tuh. Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan. Memang betol kata2 tuh dan patot di amalkan bagi mereka yg bergelar tunangan orang mahupun yg bakal bergelar tunangan orang. Bukan apa, mesti ada sebab kenapa kita harus merahsiakan pertunangan dan sebaliknya menghebohkan perihal perkahwinan kita. Pertunangan merupakan adat dimana seorang lelaki akan menghantar tanda kepada pihak perempuan yg menyatakan bahawa perempuan itu adalah tunangan orang. Dan haram di sisi agama sekiranya seorang lelaki melamar gadis yg sudah menjadi tunangan orang. (my coursemate, do u still remember our silibus dlm Islamic Law nih?) Hehe. Namun, tidak digalakkan perihal pertunangan itu diheboh2kan. Lebih elok jika ianya dirahsiakan. Biarlah hanya pihak lelaki dan pihak perempuan tersebut serta saudara-mara terdekat sahaja yg tahu. itu lebih elok. 
Alasannya, manusia hanya boleh merancang, tp ALLAH sahaja yg menentukan. Mungkin tempoh bertunang agak lama utk menunggu detik2 perkahwinan dan dalam tempoh masa tersebut tiada siapa yg tahu apa yg bakal berlaku kepada kedua-dua pasangan. Sekiranya ditakdirkan, pertunangan itu putus ditengah jalan dan ramai orang yg tahu perihal pertunangan tersebut, pasti akan mengaibkan kedua2 belah pihak bukan? Jadi, mmg lebih elok jika pertunangan dirahsiakan.
Perihal perkahwinan pula, mmg patot dihebohkan kerana itu merupakan niat baik kedua2 belah pihak utk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. mendirikan rumah tangga merupakan satu ibadah dan melakukan ibadah akan mendapat pahala yang besar. Namun, perlulah di ingat, tidak elok sekiranya perkahwinan tersebut dilakukan terlalu mewah hingga membazir. Biarlah ala kadar sahaja. Perkahwinan perlu dihebohkan kerana untuk  memberitahu masyarakat setempat bahawa kedua2 pasangan tersebut telah selamat diijabkabul dan ini akan mengelak berlaku sebarang fitnah dalam masyarakat tersebut. 

Konklusinya, eloklah jika perihal pertunangan itu dirahsiakan dan perlu di ingat, sekiranya anda dijempot untuk menghadiri majlis pertunangan rakan/ saudara, pastikan anda menjaga rahsia itu. Peganglah rahsia itu sehingga kedua2 pasangan mendirikan rumah tangga. Jadi, ini lah alasan mengapa kebanyakan rakan2 kita yang melangsungkan majlis pertunangan senyap2 dan tidak menjempot kita. Dan kemudian, kita akan terkejot mendapat undangan ke majlis perkahwinannya. Jadi, sama-sama la kita renung dan fikirkan yaa? ;)